Makan Angin di Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato Roshidi Hashim.
Tokong Gua
Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.
Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.
Masjid Panglima Kinta
Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak di jalan yang sama dengan kedai keranda
Taman Dr Seenivasagam
Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.