Makan Angin di Johor Bahru

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.Pada tahun 2008 Batu Pahat di tangga 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.
Benteng
Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Mee Bandung

Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee Rebus dan Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment